Saturday, October 30, 2010

KEPENTINGAN ENZIM DAN TENAGA HAYAT

Enzim adalah ‘motivator’ utama segala proses biokimia badan. Enzim-enzim terdapat di dalam semua sel-sel tumbuhan dan haiwan. Makanan dalam bentuk asli yang tidak dimasak mengandungi semua enzim-enzim yang diperlukan untuk menghadamkan mereka.

Sayangnya apabila makanan dimasak (bakar, rebus, steam, microwave dan lain-lain) enzim-enzim ini dimusnahkan. Inilah sebabnya kenapa hari terdapat keperluan yang amat ketara bagi mensuplemen enzim-enzim dalam diet.

Vitamin, galian, kabohidrat dan protin adalah nutrien-nutrien yang menyokong pertumbuhan, hayat dan tenaga sel-sel kita. Bagaimanapun, tanpa enzim-enzim nutrien-nutrien ini tidak dapat diambil atau disampaikan kepada sel-sel.

Enzim-enzim adalah buruh pembinaan sistem hayat dan nutrient-nutrien adalah bahan-bahan yang digunakan untuk membina badan kita. Tanpa mereka, hayat tidak wujud. Enzim diperlukan bagi setiap tindakbalas kimia dalam badan.

Semua organisma yang hidup didirikan daripada bahankimia, protin, kabohidrat dan lipid (lemak). ‘Spark’ hayat dijanakan oleh enzim-enzim. Enzim-enzim diperbuat daripada kumpulan-kumpulan asid amino-asid amino yang bertindak sebagai pemangkin-pemangkin yang memerintah kadar (kepantasan) seluruh tindakbalas kimia yang terlibat dalam metabolisma sistem-sistem benda hidup (manusia, haiwan dan tumbuhan).

Sehingga kini saintis telah mengenalpasti lebih 700 enzim-enzim. Enzim-enzim dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut aktiviti mereka. Contohnya, enzim yang membantu oksidasi dikenali sebagai oksidase sementara enzim yang terlibat membuang oksigen atau mendermakan elektron dikenali sebagai reduktase. Enzim tersangatlah cekap. Kuantiti yang amat kecil mampu bertugas, seperti reagen yang amat kuat pada suhu tersangat tinggi, dengan cara tindakbalas kimia biasa. Contohnya 1 auns pepsin mampu menghadamkan 4000 pauns telur putih dalam beberapa jam sahaja.

Terdapat 3 klasifikasi enzim: enzim metabilok, digestif dan enzim makanan.

enzim metabolik – enzim ini dibuat oleh setiap sel badan dan bertugas melakukan beberapa reaksi biokimia khas dalam tisu dan organ badan.

enzim digestif – enzim-enzim ini dibuat dan dikeluarkan oleh badan digunakan spesifik untuk menghadamkan makanan yang diambil.

enzim makanan – enzim-enzim ini tidak dibuat oleh badan. Mereka terdapat dalam makanan mentah dan di buat semasa makanan mentah dihadamkan.

Apabila bertambah tua, badan dan fungsi-fungsi utamanya menjadi kurang cekap. Untuk membantu memperlahankan proses penuaan ini, kita perlu mengganti bekalan nutrien dan bahan biologikal kita.

Kita boleh membantu menggantikan bekalan enzim dengan memakan buah dan sayur-ulam segar yang kaya dengan enzim-enzim dan dengan mengambil suplemen yang terdapat dalam pasaran.

Apabila kita memakan makanan yang telah dimasak, enzim penting yang boleh digunakan untuk penyembuhan ditukarkan dan dihantar ke sistem penghadaman untuk menghadam makanan. Apabila kita makan makanan mentah, mereka telah sedia mengandungi enzim untuk penghadaman yang membantu menghadamkan makanan. Makanan yang telah dimasak tidak memiliki enzim-enzim ini, dengan itu badan akan menggunakan enzim dari stor simpanannya. Selepas penghadaman enzim-enzim terlibat akan dikumuhkan sebagai buangan badan. Apabila kita mengeluarkan enzim dari badan, dari proses penghadaman, system-sistem organ mula bersaing untuk enzim yang masih baki.

Sekiranya kita tidak mengembalikan bekalan enzim, kita akan menjadi kekurangan enzim; akibatnya kapasiti pengimbangan semula dan penyembuhan kita diturunkan dengan serius. Bila kita defisien enzim, hanya dengan memakan makanan mentah tidak dapat mengembalikan stok enzim dalam badan. Kebanyakan buah, ulam dan sayur memiliki hanya cukup enzim untuk menghadamkan mereka sendiri dan tidak tiada lebihan untuk mengembalikan enzim bagi badan yang telah dikurangkan akibat memakan makanan yang telah dimasak.

Ambillah tambahan enzim untuk mencukupkan enzim badan secara harian untuk mengimbangkan semula diet yang kekurangan enzim daripada makanan yang telah dimasak. Dan jangan lupa menambah banyak buah, ulam dan sayur ke dalam diet.

Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung/Darah Tinggi

Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung/Darah Tinggi
Lebih 17.2 juta manusia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit kardiovaskular, dengan itu menjadikannya penyebab utama kematian di seluruh dunia.


Meningkat di Malaysia
Penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat di Malaysia sepanjang 10 tahun kebelakangan ini dan kini membabitkan kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia. Kira-kira 43% rakyat Malaysia yang berumur melebihi 30 tahun menderita penyakit kronik ini, iaitu peningkatan daripada 33% yang direkodkan pada tahun 1996.

Di Malaysia, penyakit jantung dan penyakit yang berkaitan peredaran pulmonari merupakan penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan. Negara ini kehilangan beribu-ribu orang yang masih dalam lingkungan umur produktif setiap tahun akibat diserang oleh penyakit-penyakit kardiovaskular.



Bagaimana Mengawal Tekanan Darah

Pemeriksaan tekanan darah secara kerap di rumah untuk sentiasa mengamati paras tekanan darah kita.

Mereka yang mengambil ubat anti hipertensi hendaklah terus mengambilnya setiap hari dan jangan lupakan ia atau berhenti mengambilnya tanpa terlebih dahulu meminta nasihat doktor.

Cara Mengelak Serangan Darah Tinggi

* Jangan merokok

* Kekalkan berat badan yang sihat

* Bersenam secara kerap

* Semua orang dewasa yang sihat dalam lingkungan umur 18-65 tahun seharusnya mendapat sekurang-kurangnya 30 minit kegiatan senaman yang sederhana 5 hari seminggu

* Makan makanan yang sihat

* Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar

* Kurangkan pengambilan garam

* Kurangkan makanan bergoreng; pilihlah makanan yang dikukus, panggang atau dibakar

* Kurangkan pengambilan makanan yang sarat dengan kolesterol

* Ambillah suplemen Koenzim Q10 (CoQ10)



Apa Itu CoQ10?
Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. CoQ10 adalah perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Para saintis mendapati jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja sebab ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Tidak ada satu degupan pun boleh berlaku tanpa wujudnya tenaga.

Menjana tenaga yang banyak tidak menjadi masalah semasa kita masih muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung, tetapi apabila kita semakin tua, badan akan mengeluarkan semakin sedikit CoQ10. Pada peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. Sebaik sahaja keadaan ini berlaku, jantung tidak lagi mampu bekerja dengan cekap serta tidak berupaya untuk menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan. Akibatnya, kita akan berasa letih dan tidak bermaya.


Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung

Banyak penyelidikan telah dilakukan terhadap CoQ10 tetapi hasil yang paling menarik ialah yang dicapai dalam bidang kardiologi.

Pada tahun 1972, Dr. Karl Folkers (dikenali sebagai 'Bapa CoQ10' kerana kajian mendalam beliau mengenai CoQ10) dan Dr. Gian Paolo Littarru membuktikan mereka yang menghidapi penyakit jantung seringkali adalah mereka yang juga kekurangan CoQ10. Paras kekurangan CoQ10 telah pun dimantapkan dengan amat jelas dalam kes-kes kegagalan jantung kongestif dan kardiomayopati (otot jantung yang berpenyakit) yang merupakan penyakit yang melibatkan otot jantung itu sendiri.

Apabila otot jantung lemah, ia tidak dapat mengepam semua darah yang diterima daripada badan. Juga, apabila otot jantung itu lemah, ia memerlukan lebih banyak jumlah nutrien yang mesti disalurkan ke sel-sel jantung supaya ia dapat mencipta tenaga. Salah satu nutrien yang paling penting ialah CoQ10. Dengan mengambil suplemen CoQ10, maka otot jantung yang lemah itu dengan mudahnya dapat menambah semula simpanan CoQ10-nya. Ini membolehkan otot jantung menjana lebih banyak tenaga dengan itu memperbaiki keadaannya yang lemah itu.



Rawatan Berkesan

Koenzim CoQ10 merupakan suatu rawatan yang berkesan bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, menurut satu ujian klinikal yang diterbitkan dalam majalah Southern Medical Journal (2001; 94:112-7).

Mengikut kata Dr. Peter H Langsjoen, M.D., F.A.C.C. (doktor, ahli biokimia dan penyelidik), "Dari pengalaman klinikal saya, kekurangan CoQ10 adalah penyebab kepada kekakuan otot jantung, yang akan menyebabkan badan bertindak balas dengan adrenalin. Dan seterusnya akan menyebabkan tekanan darah tinggi".

Terdapat beberapa penyelidikan berkaitan CoQ10 dan semuanya menunjukkan peningkatan fungsi otot jantung dan lama kelamaan menurunkan tekanan darah.

Manfaat daripada CoQ10 untuk jantung kini merupakan suatu fakta yang telah pun diterima ramai di kalangan para doktor pada hari ini. Banyak kajian menunjukkan kebaikan yang konsisten dalam kefungsian jantung di kalangan para pesakit yang mengambil CoQ10. Adalah penting kita menyedari bahawa CoQ10 itu digunakan untuk menyokong rawatan-rawatan tradisi dan bukan sebagai penggantinya.


Bukan Semua Suplemen CoQ10 Adalah Sama




Bentuk tradisi suplemen CoQ10 adalah tidak mudah diserap oleh badan (serbuk CoQ10 yang diampaikan dalam minyak soya - kapsul gel lembut, tablet yang berasaskan serbuk, kapsul gelatin keras yang diisikan dengan serbuk). Masalahnya ialah saiz zarah CoQ10 adalah sangat besar, lagipun ia tidak larut dalam air dan juga susah hendak larut dalam lipid, dengan itu membuatkannya sukar untuk badan menyerapnya.

Bagaimanapun, kini terdapat suatu bentuk CoQ10 yang 'larut air' (hydrosoluble) diperbuat dengan menggunakan teknologi 'BioSolv' yang telah dipatenkan. Proses ini dapat mengecilkan saiz zarah daripada 25-70 mikron menjadi hanya 0.3 mikron - iaitu lebih kecil daripada seekor bakteria! Kebiasaannya, lagi kecil saiz sebutir zarah maka lagi baik penyerapannya. Apa yang tidak diserapi ke dalam aliran darah tidak dapat digunakan oleh badan.

Dato Dr Sheikh Muzafar kini Duta Zymtech!

Bioteknologi berkembang

Najib Tun Razak bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili dan Pengerusi Biotechcorp, Tan Sri Datuk Dr. Zaharuddin Idrus (kanan) menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat IAP Bioteknologi Keempat di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Nov 09. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkembangan baik yang berlaku pada industri bioteknologi negara menunjukkan bidang tersebut sedang membangun seperti dirancangkan oleh kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, ini dilihat melalui beberapa fakta seperti jumlah syarikat berstatus BioNexus yang sudah mencecah angka 135 buah dan jumlah ini dijangka bertambah 50 syarikat lagi menjelang tempoh dua tahun akan datang.

''Malah industri bioteknologi sendiri telah menyumbang kepada 2.2 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

''Oleh itu, kita meletakkan sasaran untuk industri bioteknologi menyumbang sebanyak 2.5 peratus menjelang 2011,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat, Antarabangsa (IAP) Bioteknologi Keempat di sini hari ini.

Seramai sembilan ahli panel terlibat dalam mesyuarat itu yang mewakili tenaga pakar dalam pelbagai bidang, antaranya Profesor Biologi Massachusetts Institute of Technology, Prof. Anthony J. Sinskey, Pengarah Urusan Burril & Company, Dr. Roger Wyse dan Canselor Curtin University of Technology, Datuk Dr. Eric Tan.

Mesyuarat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu diadakan bersempena program Bio-Malaysia 2009 yang bakal bermula esok.

Pameran selama tiga hari yang mengumpulkan kira-kira 100 peserta itu dijangka menarik minat seramai 8,000 pelawat perdagangan dari lebih 40 buah negara.

Menurut Perdana Menteri, setakat ini jumlah pelaburan syarikat berstatus BioNexus adalah bernilai RM1.51 bilion dengan jumlah pendapatan lebih RM700 juta.

Katanya, bagi memastikan industri itu terus berkembang, kerajaan melalui agensi berkaitan akan memastikan segala cadangan yang dikemukakan IAP dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan.

''Cadangan dan saranan IAP akan dipastikan dapat dilaksanakan secepat mungkin supaya pada mesyuarat akan datang kita boleh lihat hasilnya.

''Kita mungkin tidak boleh melihat segala apa yang disarankan itu dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh setahun namun setidak-tidaknya sebelum Mesyuarat IAP Bioteknologi yang akan datang, segala yang dicadangkan sudah berada dalam peringkat pelaksanaan,'' katanya.

Mesyuarat IAP Bioteknologi tahun ini mencadangkan sebanyak enam perkara untuk dilaksanakan.

Antaranya menubuhkan sebuah pusat penyelidikan utama dan mewujudkan ekosistem yang sesuai bagi menarik minat pekerja berpengetahuan negara untuk kembali berkhidmat di Malaysia.

Selain itu, ia turut menyarankan supaya Malaysia menjadi hab pembangunan klinikal terutama untuk industri kelapa sawit dan memberi keutamaan kepada ujian tambah nilai klinikal dan ujian diagnostik kerana kesesuaian negara ini yang mempunyai rakyat pelbagai kaum.

Mengapa anda perlu bersama Zymtech?

Syarikat ini merupakan cabang pemasaran kepada syarikat 1st Global Sdn Bhd yang merupakan pembekal “Enzyme” untuk kesihatan. Ini kerana sebagai syarikat penyelidikan yang diberi dana oleh kerajaan 1st Global tidak boleh menjual sendiri produknya. Untuk pengetahuan juga Kerajaan telah memperuntukkan geran sebanyak RM20juta utk tujuan R&D syarikat 1st Global ini. Zymtech baru mendapat lesen AJL pada 9 April 2009 dan masih awal dan baru mula menggegarkan arena perniagaan MLM di Malaysia (jadilah yang terawal, anda pasti berjaya).Merupakan syarikat pertama di rantau Asia yg akan membekalkan produk berasaskan Enzyme.
Merupakan teknologi penghasilan enzyme untuk kesihatan yang tercanggih buat masa ini. Dikilangkan menggunakan “Multiple Microorganism Symbiosis Fermentation Technology”(MMSFT).Proses natural menggunakan buah-buahan,sayuran dan herba yang terkandung 12 jenis bakteria simbiotik. Masa yang diambil untuk mengestrak enzim atau molekul nano ialah 1-6 tahun.

TEKNOLOGI NANO – Molekul nano atau kecil adalah 100% penyerapan kepada sel badan. Proses adalah 100% semulajadi , bebas dari sebarang pengawet dan bahan tiruan. Standard diperakui oleh: ISO9001: 2000 dan HACCP: 200

Bonus yang menguntungkan


Dalam mana-mana perniagaan keuntungan adalah menjadi keutamaan. Hanya melalui keuntungan, maka perniagaan yang dijalankan boleh berkembang biak dan maju ke depan.

Oleh itu adalah penting untuk melihat dengan teliti sesuatu perniagaan tersebut, samada ia berbaloi untuk diceburi atau pun hanya merugikan usaha, masa, wang dan tenaga sahaja. Elakan pembaziran yang tidak berfaedah ini…

Zymtech menjanjikan sebanyak lapan pendapatan yang boleh diraih oleh pengedar produk. Ini tentunya dapat menarik minat pengedar untuk berusaha mendapatkan kesemua pendapatan yang dijanjikan. Difahamkan ia adalah merupakan pelan perniagaan MLM yang terbaik setakat ini dipasaran.

Pendapatan yang dijanjikan tersebut adalah seperti di bawah:

1. Untung Runcit
2. Bonus Pengenalan
3. Bonus Pengenalan Kumpulan
4. Bonus Pasangan
5. Bonus Pengenalan Kumpulan (Infiniti)
6. Bonus Kepimpinan
7. Tabung Seluruh Dunia (Khas untuk pengedar Platinum sahaja
8. Bonus Super

Bagaimana untuk memulakan perniagaan ini…


Akaun Silver


Adalah untuk mereka yang mempunyai modal permulaan kecil dan tidak bercita-cita tinggi melainkan hanya untuk mendapatkan produk Enzim pada harga pengedar. Kelemahan akaun ini adalah anda terpaksa membeli produk pada harga yang sedikit mahal berbanding dengan akaun yang lain.

Akaun Gold

Ini adalah akaun pertengahan di mana anda menunjukkan sedikit minat untuk menjalankan perniagaan, tetapi secara sambilan atau pun kecil-kecilan. Kebaikan akaun ini adalah anda boleh membeli produk pada harga yang lebih murah berbanding dengan akaun Silver.

Akaun Platinum

Ini adalah akaun yang tertinggi dan mereka yang memiliki akaun ini tentunya mempunyai niat untuk menjalankan perniagaan secara serius dan bersungguh-sungguh. Kelebihan akaun ini adalah boleh membeli produk pada harga yang jauh lebih murah berbanding dengan akaun yang lain.

Selain daripada itu, pemilik akaun Platinum juga berpeluang untuk mendapatkan bonus dan insentif yang juga jauh lebih besar berbanding dengan akaun yang lain.

Autoship adalah dua kotak (200BV) setiap bulan. Ini bermakna, setiap pengedar harus membeli sebanyak jumlah yang dinyatakan bagi melayakkan mereka untuk mendapat bonus dan insentif.

Apa itu enzim?

Apa itu enzim?

Enzim merupakan sejenis protein yang terdapat di dalam tubuh manusia. Ia sangat kompleks dan merupakan bahan pemangkin penting untuk proses metabolisme dan pelbagai perubahan kimia dalam badan supaya seluruh system tubuh dapat berfungsi dengan sempurna.

Apa berlaku jika Kekurangan Enzim

Enzim sangat penting untuk badan, Oleh itu kekurangan enzim boleh mengakibatkan proses-proses berikut terjadi seperti membantutkan tumbesaran , menghalang proses penghadaman, penghasilan tenaga, penyembuhan penyakit, kadar tumbesaran dan lain-lain lagi.

Kenapa kita Perlu Penambahan Enzim

Lazimnya seperti kita tahu semakin kita meningkat usia, hampir kebanyakan proses badan yang dahulunya aktif akan semakin menurun dan berkurangan. Selain itu kekurangan enzim ini juga adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang lain contohnya pemakanan yang tidak seimbang, penyakit, dan kanser.

Terdapat pelbagai produk yang mengandungi enzim di pasaran, berikut adalah produk2 berasas enzim yang sedang saya gunakan dan jual sebagai sambilan dan menambahkan wang poket.

ENZIM

Pada zaman ini seseorang kerapkalinya tiada pilihan melainkan terpaksa memakan ubat untuk merawat sakit dan penyakit. Tiadakah pilihan yang lain yang mungkin lebih baik?.

Selepas beberapa lama menggunakan ubat, toksin-toksin peubatan akan berkumpul dari dalam badan ke satu tahap yang akan merosakkan tisu-tisu. Keadaan ini akan akhirnya menyebabkan penyakit metabolik. Memakan ubat yang dibuat dari bahan kimia seringkali membawa kepada toleransi terhadap ubat tersebut dan purata kesan sampingan yang serius akan timbul tidak lama selepas penggunaannya. Di tambah pula interaksi-interaksi ubat-ubat ini sering diterlepaspandang oleh pengamal-pengamal perubatan dan kemungkinan pengguna akan terus bergantung kepada bahan-bahan kimia ini.


Revolusi industri dalam bidang perubatan telah mendatangi seluruh pelusuk dunia. Konsep pencegahan penyakit telah membuktikan kaedah ini berbanding kaedah ‘combat medicine’, mampu mengurangkan risiko penyakit dan membolehkan rawatan dan penjagaan penyakit sebagai bidang yang lebih terhormat. Sasarannya ialah untuk meletakkan suasana dalaman kita ke dalam acuan asal kejadian kita dalam mendirikan metabolisma yang sihat dan pengedaran darah dan penyenggaraan sistem saraf yang optimum. Orang China kata” tiada sumbat, tiada penyakit”, dan bomoh Melayu kata” semuanya bergantung atas keseimbangan dalaman”. Secara spesifik, pengedaran sistem-sistem dalaman dan metabolisma yang baik akan mengalihkan makanan yang kita makan dengan cekap ke dalam nutrisyen dan membekalkan badan dengan tenaga-tenaga yang diperlukan. Sebaliknya, jika seseorang memiliki metabolisma yang kurang baik, segala makanan akan hanya berkumpul di dalam saluran penghadaman dan ditukarkan menjadi toksin yang akan menyerang sel-sel badan dan megotorkan darah, menyebabkannya mudah diserang penyakit. Memakan dengan baik dan seimbang, mengumuhkan toksin secara tetap dan mendapat tidur yang nyenyak, walau sedikit, adalah cara hidup yang menyeronokkan lagi sihat. Penyakit kronik adalah tanda yang pasti bahawa penyenggaraan dalaman telah terjejas.
Walaupun vaksinasi dan memakan ubat untuk ‘mengawal’ penyakit diterima sebagai langkah jangkapendek merawat, keburukan kesan-kesan sampingan ubat-ubat, pergantungan kepada ubat-ubat dan rintangan terhadap ubat-ubat, memaksa idustri ubat moden terus dan terusmenerus mencari dan membangunkan ubat-ubat baru bagi menangani masalah-masalah tersebut. Setiap generasi ubat baru memberikan fungsi yang dikehendaki merawat penyakit yang direka untuknya. Bagaimanapun, kerosakan yang dilakukan oleh mereka terhadap metabolisma seseorang, ditambah pula pengumpulan residu dalam tubuh kerana penggunaan ubat secara berpanjangan, amat mempengaruhi keseimbangan yang ‘halus’ strain-strain bakteriamikro yang sedia wujud di dalam badan.

Terdapat jalinan terus diantara vitaliti, nafsu dan selera yang ditunjukkan oleh seseorang dengan jumlah enzim yang terdapat di dalam badannya. Bagaimanapun, sukar dan tidak mungkin bagi seseorang untuk sentiasa dalam keadaan pengeluaran enzim yang maksima. Sebabnya ialah kemampuan pengeluaran enzim badan bergantung atas struktur protin sediada dan beberapa faktor lain seperti diet, suhu, pH bendalir badan, tahap emosi dan tekanan oksidatif. Sebarang kegagalan dalam kemampuan badan mengeluarkan enzim-enzim akan menggugat dengan teruk metabolisma badan. Dalam kes-kes yang teruk, mengakibatkan kematian.

Mengikut data klinikal, orang yang mengekalkan pengeluaran enzim-enzim hidup lebih lama. Enzim-enzim penting ini dipanggil enzim utama. Vitamin B amat penting dan memainkan peranan yang besar dalam metabolisma tenaga. Galian-galian amat mustahak untuk system-sistem saraf, peredaran darah dan skeletal(otot). Selepas enzim-enzim utama dan galian-galian menjalankan tugas masing-masing dalam proses metabolisma, asid-asid amino essential bersama-sama bahan nutrisyen lain akan membekalkan tenaga kepada sel-sel; dengan itu menggalakkan pengaktifan dan regenerasi. Enzim-enzim ini dipnggil ko-enzim. Hanya melalui proses-proses kerjasama inilah badan mampu membuat sel-sel baru dan menyenggara organ-organ yang sihat, memberikan wajah yang juga sihat, bertenaga dan muda.

D’tox Enzyme - Yang pertama di Malaysia

D’tox Enzyme is very effective in eliminating toxins in our body. It’s a smart way to flush out toxins from our bowel within 24 hours, without intruding our daily life. It reduces body toxic load, solves motion problems, improves skin radiance and leaves you feeling revitalise, rejuvenate & recharge!
Features & Benefits

* Flushes away waste and toxins
*
Promotes regular bowel movement
*
Eliminates harmful waste from bowels
*
Flattens tummy
*
Relieves bloated and gassy stomach
*
Promotes health, vitality and energy
*
Maintains healthy gastrointestinal function
*
Helps detox organs function optimally

Effective

* Fast result within 2-4 hours after intake
*
Smooth motion, without strenuous effort

Convenience

* Very convenient
*
Ideal for those with busy, stressful lifestyle
*
No special control diet needed
*
Works gently, suitable for regular consumption
*
Holistic way to slim down and promote wellness

Usage

* Mix 1 sachet of D’tox Enzyme into 200ml cold or warm water and stir before drinking
*
Best to consumed ten minutes after meal or before going to bed

Suggestion Serving
For Weight Maintenance / Slimming
Take 1 sachet after dinner daily for the first month and 1 sachet every 2 to 3 days thereafter
For Regular Cleansing / Detox
Take 1 sachet after dinner every 3 to 5 days