Saturday, October 30, 2010

Apa itu enzim?

Apa itu enzim?

Enzim merupakan sejenis protein yang terdapat di dalam tubuh manusia. Ia sangat kompleks dan merupakan bahan pemangkin penting untuk proses metabolisme dan pelbagai perubahan kimia dalam badan supaya seluruh system tubuh dapat berfungsi dengan sempurna.

Apa berlaku jika Kekurangan Enzim

Enzim sangat penting untuk badan, Oleh itu kekurangan enzim boleh mengakibatkan proses-proses berikut terjadi seperti membantutkan tumbesaran , menghalang proses penghadaman, penghasilan tenaga, penyembuhan penyakit, kadar tumbesaran dan lain-lain lagi.

Kenapa kita Perlu Penambahan Enzim

Lazimnya seperti kita tahu semakin kita meningkat usia, hampir kebanyakan proses badan yang dahulunya aktif akan semakin menurun dan berkurangan. Selain itu kekurangan enzim ini juga adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang lain contohnya pemakanan yang tidak seimbang, penyakit, dan kanser.

Terdapat pelbagai produk yang mengandungi enzim di pasaran, berikut adalah produk2 berasas enzim yang sedang saya gunakan dan jual sebagai sambilan dan menambahkan wang poket.

ENZIM

Pada zaman ini seseorang kerapkalinya tiada pilihan melainkan terpaksa memakan ubat untuk merawat sakit dan penyakit. Tiadakah pilihan yang lain yang mungkin lebih baik?.

Selepas beberapa lama menggunakan ubat, toksin-toksin peubatan akan berkumpul dari dalam badan ke satu tahap yang akan merosakkan tisu-tisu. Keadaan ini akan akhirnya menyebabkan penyakit metabolik. Memakan ubat yang dibuat dari bahan kimia seringkali membawa kepada toleransi terhadap ubat tersebut dan purata kesan sampingan yang serius akan timbul tidak lama selepas penggunaannya. Di tambah pula interaksi-interaksi ubat-ubat ini sering diterlepaspandang oleh pengamal-pengamal perubatan dan kemungkinan pengguna akan terus bergantung kepada bahan-bahan kimia ini.


Revolusi industri dalam bidang perubatan telah mendatangi seluruh pelusuk dunia. Konsep pencegahan penyakit telah membuktikan kaedah ini berbanding kaedah ‘combat medicine’, mampu mengurangkan risiko penyakit dan membolehkan rawatan dan penjagaan penyakit sebagai bidang yang lebih terhormat. Sasarannya ialah untuk meletakkan suasana dalaman kita ke dalam acuan asal kejadian kita dalam mendirikan metabolisma yang sihat dan pengedaran darah dan penyenggaraan sistem saraf yang optimum. Orang China kata” tiada sumbat, tiada penyakit”, dan bomoh Melayu kata” semuanya bergantung atas keseimbangan dalaman”. Secara spesifik, pengedaran sistem-sistem dalaman dan metabolisma yang baik akan mengalihkan makanan yang kita makan dengan cekap ke dalam nutrisyen dan membekalkan badan dengan tenaga-tenaga yang diperlukan. Sebaliknya, jika seseorang memiliki metabolisma yang kurang baik, segala makanan akan hanya berkumpul di dalam saluran penghadaman dan ditukarkan menjadi toksin yang akan menyerang sel-sel badan dan megotorkan darah, menyebabkannya mudah diserang penyakit. Memakan dengan baik dan seimbang, mengumuhkan toksin secara tetap dan mendapat tidur yang nyenyak, walau sedikit, adalah cara hidup yang menyeronokkan lagi sihat. Penyakit kronik adalah tanda yang pasti bahawa penyenggaraan dalaman telah terjejas.
Walaupun vaksinasi dan memakan ubat untuk ‘mengawal’ penyakit diterima sebagai langkah jangkapendek merawat, keburukan kesan-kesan sampingan ubat-ubat, pergantungan kepada ubat-ubat dan rintangan terhadap ubat-ubat, memaksa idustri ubat moden terus dan terusmenerus mencari dan membangunkan ubat-ubat baru bagi menangani masalah-masalah tersebut. Setiap generasi ubat baru memberikan fungsi yang dikehendaki merawat penyakit yang direka untuknya. Bagaimanapun, kerosakan yang dilakukan oleh mereka terhadap metabolisma seseorang, ditambah pula pengumpulan residu dalam tubuh kerana penggunaan ubat secara berpanjangan, amat mempengaruhi keseimbangan yang ‘halus’ strain-strain bakteriamikro yang sedia wujud di dalam badan.

Terdapat jalinan terus diantara vitaliti, nafsu dan selera yang ditunjukkan oleh seseorang dengan jumlah enzim yang terdapat di dalam badannya. Bagaimanapun, sukar dan tidak mungkin bagi seseorang untuk sentiasa dalam keadaan pengeluaran enzim yang maksima. Sebabnya ialah kemampuan pengeluaran enzim badan bergantung atas struktur protin sediada dan beberapa faktor lain seperti diet, suhu, pH bendalir badan, tahap emosi dan tekanan oksidatif. Sebarang kegagalan dalam kemampuan badan mengeluarkan enzim-enzim akan menggugat dengan teruk metabolisma badan. Dalam kes-kes yang teruk, mengakibatkan kematian.

Mengikut data klinikal, orang yang mengekalkan pengeluaran enzim-enzim hidup lebih lama. Enzim-enzim penting ini dipanggil enzim utama. Vitamin B amat penting dan memainkan peranan yang besar dalam metabolisma tenaga. Galian-galian amat mustahak untuk system-sistem saraf, peredaran darah dan skeletal(otot). Selepas enzim-enzim utama dan galian-galian menjalankan tugas masing-masing dalam proses metabolisma, asid-asid amino essential bersama-sama bahan nutrisyen lain akan membekalkan tenaga kepada sel-sel; dengan itu menggalakkan pengaktifan dan regenerasi. Enzim-enzim ini dipnggil ko-enzim. Hanya melalui proses-proses kerjasama inilah badan mampu membuat sel-sel baru dan menyenggara organ-organ yang sihat, memberikan wajah yang juga sihat, bertenaga dan muda.

No comments:

Post a Comment